15 Mac 2011

MAC - BULAN SAINS DAN MATEMATIK

Sepanjang bulan Mac ini pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bersempena Bulan Sains dan Matematik anjuran Panitia Matematik, Panitia Matematik Tambahan, Panitia Fizik dan Panitia Kimia. Antaranya ialah pertandingan Sudoku, Origami, TEAMS, Kuiz Olympiad, pertandingan Grafik GSP, Membina silangkata, membina instrumen Fizik, Eksplorasi makmal dan Pertunjukkan Sains. Tujuan Bulan S&M ini adalah untuk menanam minat terhadap sains dan matematik, memupuk kerjasama kumpulan, membentuk sikap positif dan memberi pendedahan kepentingan dan kegunaan sains dan matematik dalam kehidupan seharian. Majlis perlancaran Bulan Sains & Matematik telah dilancarkan pada 28 Februari 2011 oleh Pn. Hjh Noraziah bt Ramli, pengetua SMTTJ

01 Mac 2011

FEBRUARI - BULAN BAHASA









Sepanjang bulan Februari telah berlangsung pelbagai aktiviti bahasa antaranya pertandingan forum, pantun, pidato, spell it right, seminar, teka silang kata, drama, poem, menulis esei dan lain-lain. Setiap aktiviti yang dilaksanakan telah mendapat sambutan daripada seluruh pelajar. Tahniah kepada semua pemenang. "Betulkan yang biasa.... Biasakan yang betul"



MySpace Layouts
MySpaceLayouts

PANORAMA DAN PRASARANA