21 September 2010

PERTANDINGAN PERPUSTAKAAN MINI




Terima kasih kepada semua kelas yang telah menyertai pertandingan perpustakaan mini dalam kelas. Tarikh pertandingan perpustakaan mini dalam kelas dilanjutkan sehingga 30 September 2010. Hadiah keada para pemenang akan disampaikan pada bulan Oktober.

29 Jun 2010

MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pada 28 Jun 2010 hingga 3 Jun 2010 akan diadakan Minggu PSS. Pada 28 Jun yang lepas telah diadakan majlis pelancaran Minggu PSS yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua Pn. Hjh Noraziah bt Ramli di Dewan Besar sekolah. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan. Diharapkan semua pihak dapat sama-sama menjayakan Minggu PSS ini.

19 Jun 2010

LAWATAN AHLI PSS DAN PRS KE PERLIS




Pada 4 - 7 Jun 2010, seramai 39 orang ahli Pengawas Perpustakaan dan Pembimbing Rakan Sebaya dengan diiringi oleh 3 orang guru telah mengikuti lawatan sambil belajar ke negeri Perlis Indera Kayangan. Paling istimewa lawatan ini ialah semua peserta telah menaiki kereta api dari Seremban hingga ke Arau, Perlis. Antara tempat yang telah dilawati ialah Gua Kelam, Muzium Kota Kayang, Ladang Anggur, Taman Herba, Muzium Padi dan Padang Besar. Semoga lawatan yang diadakan ini dapat memberi banyak manfaat kepada semua peserta lawatan.

09 Jun 2010

HADIAH MENARIK MENANTI ANDA

Sempena Minggu PSS dari 28 Jun - 3 Julai 2010 nanti, beberapa pertandingan diadakan lebih awal seperti Pertandingan Mencipta Kad Ucapan Sempena Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Bapa. Selain daripada itu Pertandingan Menghasilkan Buku Skrap juga turut diadakan. Kesemua pertandingan yang disebutkan hendaklah dihantar ke Meja Penyelaras PSS selewat-lewatnya pada 25 Jun 2010. NOTA PENTING : SEMUA PENGAWAS PERPUSTAKAAN WAJIB MENYERTAI MANA-MANA SATU PERTANDINGAN!

25 Mei 2010

BENGKEL PENULISAN KREATIF

Pada 22 April 2010, seramai 4 orang pelajar tingkatan 4 iaitu Nur Amalina bt Hairol Nizam, Nurul Syahidah bt Zaidi, Ameer Irshaad bin Anuar dan Norshahirah bt Abdul Rahim telah terpilih untuk mengikuti Bengkel Penulisan Kreatif di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Bengkel bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.30 petang. Bengkel ini diadakan sempena Program Sambutan Hari Buku Sedunia. Semoga bengkel penulisan kreatif ini dapat menjadikan budaya membaca sebagai amalan selain dari memupuk minat pelajar untuk menghasilkan karya-karya yang boleh dijadikan bacaan umum.

SELAMAT BERJAYA

Para pelajar tingkatan 4 dan 5 kini sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun 2010 bermula pada 17 Mei hingga 26 Mei nanti. Cikgu mendoakan semoga semua pelajar berjaya dengan cemerlang.

27 April 2010

PROGRAM BAZAR BACA DI SMTTJ






Melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan budaya membaca bukanlah suatu yang mudah. Berdasarkan lapuran tabiat membaca yang dibuat oleh UNESCO pada tahun 1999 telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca hanya dua buah buku setahun. Merujuk kepada fakta tersebut dan bertepatan dengan untaian kata ’membaca itu jambatan ilmu’ Pusat Sumber Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar bersama Sasbadi Sdn Bhd telah menganjurkan Program Bazar Baca selama 2 hari iaitu pada 10 dan 11 April 2010. Bazar Baca ini diadakan bertujuan untuk menanamkan budaya ilmu dan mengalakkan sifat suka membaca di kalangan pelajar dan guru SMTTJ dan sekolah sekitarnya. Selain dari itu program ini juga turut memberi pendedahan kepada semua yang hadir mengenai buku-buku rujukan keluaran terkini. Sebanyak 15 buah sekolah yang berhampiran telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi program ini yang telah diadakan di Dewan Besar Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar mulai jam 9 pagi hingga 5 petang. Pelbagai jenis bahan bacaan dan peralatan menulis telah dijual. Pertandingan mewarna yang bertemakan 1 Malaysia telah diadakan pada 11 April 2010 untuk 2 kategori iaitu 7 hingga 9 tahun dan 10 – 12 tahun. Seramai 120 orang peserta telah mengambil bahagian. Pusat Sumber SMTTJ berasakan dengan sambutan yang diberi dapat merangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu pengetahuan seterusnya membentuk satu budaya membaca di kalangan masyarakat.

30 Mac 2010

KURSUS TEKNOPEN



Kursus Teknopen Pengawas Pusat Sumber telah diadakan pada 23 Mac 2010. Antara Kursus yang dijalankan ialah Proses Buku-buku baru, Proses Peminjaman dan pemulangan buku, Proses Laminating, Proses Binding dan Proses Fotostat. Diharapkan kursus ini dapat membantu pengawas perpustakaan dalam melancarkan lagi perkhidmatan di PSS.

KAMPUS ASTRO


Kampus Astro telah dipasang di Bilik Tayangan pada 3 Mac 2010. Guru-guru bolehlah membawa pelajar untuk melihat tayangan-tayangan berkaitan pendidikan dengan membuat tempahan lebih awal.

PEMILIHAN PUSTAKAWAN PERCUBAAN TINGKATAN 4



Pada 2 Mac 2010 yang lalu, temuduga pustakawan percubaan telah dijalankan di unit-unit PSS. Seramai 60 orang pelajar tingkatan 4 telah menghadiri temuduga. Daripada bilangan itu seramai 42 orang pelajar tingkatan 4 telah dipilih menjadi Pustakawan Percubaan. Tahniah kepada semua pelajar yang terpilih. Semoga anda semua dapat menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan dengan ikhlas dan cemerlang.

BULAN BAHASA



Pelancaran Bulan Bahasa telah diadakan pada 1 Mac 2010. Pelbagai aktiviti Bahasa telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang bulan Mac. Antaranya ialah Pertandingan Teka silangkata, Pertandingan Forum Remaja, Pertandingan pantun, Spell it right, public speaking, essay writing dan lain-lain. Penyampaian hadiah akan disampaikan pada bulan April. Terima kasih kepada guru-guru bahasa atas kerjasama yang telah diberikan.

PAMERAN DAN JUALAN BUKU


Pameran dan Jualan Buku telah diadakan pada 3 Februari 2010 bersempena hari pendaftaran pelajar tingkatan 4 ambilan kedua. Terima kasih kepada semua pembeli dan pustakawan yang bertugas!

ANUGERAH LAMAN WEB SEKOLAH


Pada 20 Januari 2010 SMTTJ telah memenangi Naib Johan Anugerah Laman Web Sekolah. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan sempena Perhimpunan Bulanan. Tahniah kepada AJK Laman Web Sekolah.

03 Mac 2010

LAGI SUMBANGAN BUKU DARIPADA BEKAS PELAJAR STTJ


Terima kasih kepada bekas pelajar STTJ iaitu Zuhairiah kerana telah menyumbangkan 6 buah buku-buku baru ke perpustakaan STTJ untuk kegunaan para pelajar. Jasamu sentiasa dikenang. Semoga pahalanya akan terus mengalir selagi buku-buku tersebut digunakan.

25 Februari 2010

SUMBANGAN BUKU DARIPADA BEKAS PELAJAR SMTTJ




Terima kasih kepada 2 orang bekas pelajar SMTTJ kerana telah sudi menyumbangkan buku yang banyak kepada perpustakaan SMTTJ. Bekas Pelajar tersebut ialah Azizul Hakim bin Azizan (Pengurus Giat Mara) telah menyumbangkan buku pada Januari 2010 dan Pn. Noor Fazliani (Pensyarah) telah menyumbangkan buku pada Februari 2010. Semoga ini menjadi contoh kepada semua bekas pelajar yang lain agar dapat membantu PSS kearah kecemerlangan dengan memberi sumbangan bahan bacaan ilmiah.

26 Januari 2010

LARIS!



Kaunter jualan PSS yang turut beroperasi pada 25Jan2010 sempena hari pendaftaran pelajar tingkatan 4, nampaknya telah mendapat sambutan hangat. Antara barang jualan ialah Buku NILAM, kad pinjaman dan bookmark. Kaunter jualan telah dibuka mulai pukul 8 pagi - 1 tengah hari. Pada hari tersebut juga kami turut membuka kaunter sumbangan buku. Kepada ibu bapa yang telah menyumbang buku, terima kasih diucapkan. Tidak lupa juga kepada Pengawas Pusat Sumber yang telah bertugas, jasamu tetap dikenang. Pada 26 Jan 2010 pula Pn. Normali selaku Guru Perpustakaan dan Media telah memberi taklimat kepada semua pelajar tingkatan 4 berkaitan PSS SMTTJ.

SELAMAT DATANG KE SMTTJ



Kepada semua pelajar tingkatan 4, Selamat Datang ke SMTTJ...
Tahniah kepada anda semua kerana terpilih ke sekolah yang bertuah ini.
Sama-samalah kita mencipta kejayaan demi kejayaan dalam memastikan SMTTJ
kekal cemerlang, gemilang dan terbilang. Kami warga SMTTJ sangat mengalu-alukan
kehadiran anda di sini....

18 Januari 2010

PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH



Hari ini bersamaan 18 Jan 2010 telah berlangsung penyampaian watikah perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Acara dimulakan dengan penyampaian sijil watikah oleh Tuan Pengetua Tn Hj Arshad bin Hj Md Yusof kepada semua Pengawas Pusat Sumber. Kemudian diikuti oleh bacaan ikrar yang diketuai oleh Abdul Rauf bin Nordin yang merupakan Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Semoga dengan perlantikan ini akan dapat membantu meningkatkan lagi kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah.



MySpace Layouts
MySpaceLayouts

PANORAMA DAN PRASARANA